Posts

Ahmadi berpuasa di bulan Disember?

Image
 Menurut agama Ahmadi, Abdullah Hashem mengistiharkan bulan Disember adalah bulan puasa yang sebenar. Alasannya Rabi' dalam bahasa Arab, yang bermakna musim bunga dan Abdullah cuba menyelaraskannya menurut kalendar 4 musim. Tahun hijrah qamariah, seperti tahun matahari (iaitu setiap empat tahun ada 366 hari, bukannya 365 hari, dan tahun itu dipanggil tahun lompat), jadi setiap 3 tahun ada satu bulan yang terlebih hari, atau dianggap juga sebagai bulan ketiga belas. Dengan adanya bulan ini, kekurangan sepuluh hari tahun Hijrah berbanding tahun suria telah diberi pampasan, dan bulan lunar sentiasa konsisten dengan maknanya dan tidak berputar sepanjang tahun seperti sekarang. Tetapi pada tahun 10 Hijriah, dalam Surah At-Taubah, ayat 36 dan 37, telah diturunkan bahawa bilangan bulan dalam setahun sentiasa 12 bulan, dan mulai tarikh itu, bulan ketiga belas dihapuskan, dan akibatnya, bulan hijrah mula berputar sepanjang tahun. . Ayat-ayat yang disebutkan adalah dua ayat ini: إِنَّ عِدَّة...

Kitab al-Haft al-Sharif sarat dengan bid'ah dan kekufuran

Image
  Kitab al-Haft al-Sharif Kitab al-Haft al-Sharif sarat dengan pembohongan dan fitnah terhadap maksumin, yang direka oleh golongan Ghulat dengan judul (Al -Haft), kononnya meriwayatkan hadis daripada *Mufaddal bin Umar Al-Jaafi, daripada Imam Jaafar al-Sadiq (a.s). Gejala batiniyah dalam kitab ini membawa seseorang itu kepada kufur. Kumpulan Ahmadi Religion terpaksa menggunakan kitab ini sebagai rujukan untuk mewajarkan akidah reincarnation sebagai Raj'ah beberapa orang imam Ahlul Bait (a.s). Abdullah Hashim, dalam bukunya "Ghaya al-Hakim" atau The Goal of Wisdom menceritakan tentang reincarnation sebagai Raj’ah: and reincarnations ( Raj’a ). The clari􀎞cation of the meaning of Raj’a ( رجعة ) is one of the major signs of the divine authority. [Goal of the wise, p 6] Dalam buku tersebut, ada satu bab khusus tentang Reincarnation, iaitu dalam muka surat 139. Dalam muka surat ke-140, Abdullah Hashem menulis: There is a manuscript called Al-Haft Al-Shareef written by Al-Muf...

Masjid Cardova terpesong ke Barat, tidak mengadap ke Petra

Image
Untuk melihat betapa rapuhnya hujjah penganut Ahmadi Religion ialah kiblat masjid pada zaman awal Islam mengadap ke arah Petra, bukan ke arah Mekah. Penafsiran salah ini terjadi kerana terlalu taksub untuk menyesatkan umat Islam sehingga mengiyakan kajian tidak lengkap orientalis kontroversi Don Gibson. Padahal jika kita amati sedikit mendalam, nescaya kita dapati masjid-masjid pada zaman dahulu mengadap ke arah kiblat yang mereka ukur melalui ilmu astrolog, bukan dengan alat canggih moden. Mereka terpaksa berpuas hati dan memadai dengan melihat arah mana umumnya kapal meninggalkan lokasi dan belayar pergi menuju ke negeri Hijaz. Selain itu, tukang seni bina yang terkenal sekalipun kurang berpengetahuan tentang subjek orientasi arah kiblat bahkan mengabaikan sumbangan ilmu beberapa sainstis Muslim, dengan mengakses kitab-kitab zaman pertengahan berkenaan kiblat di wilayah yang berbeza. Sebagai contoh, Masjid Besar Córdoba, yang dibina lebih kurang tahun 167 Hijrah, mihrabnya m...

Jawapan terhadap dakwaan Ahmadi Religion bahawa "Kaabah terletak di Petra"

Image
Dakwaan Ahmadi Relegion ini berasaskan dokumentari orientalis, bernama Don Gibson yang mendakwa: Bahawa sejarah Islam ditulis selepas 200 tahun dan semua yang terjadi dalam 200 tahun pertama telah diputarbelitkan! Bani Abbasiyah menulis apa sahaja yang mereka mahu dan menjadikan peristiwa itu terbalik. Bahawa Nabi  (saw) dan keluarganya tinggal di Petra dan Nabi (saw) wafat di sana! Selepas bertahun-tahun, berlaku peperangan dan salah seorang daripada orang Arab mencuri Hajar Aswad dan pergi membina kawasan ziarah di Mekah! Sejak itu, Mekah mulai makmur. Bahawa peristiwa hijrah terjadi demi penaklukan Baitul Maqdis, bukan pergerakan dari Mekah ke Madinah!!! Pendek kata, mana-mana sumber Islam tidak dapat diterima dan kita harus mencari sejarah sebenar Islam dalam karya-karya peninggalan Kristian, Yahudi, Samaria dan naskhah Syria serta Hebrew!!! Dengan mengkaji karya-karya ini terjadilah kesimpulan yang mencadangkan senario sebagaimana dalam dokumentari Kota Suci yang diterbitkan ...

Hijab perempuan tidak wajib menurut ajaran Ahmadi Religion?

Penghapusan Tudung ( Hijab ) sebagai kewajipan  Ahmed Al-Hassan berkata kepadaku pada suatu hari, “ Setelah kamu menyelesaikan pekerjaanmu, suruhlah beberapa wanita menanggalkan hijabnya. Jangan perintahkan sesiapa, barangsiapa yang ingin membuka hijab maka boleh berbuat demikian. ” Saya berkata, “ Baiklah, selagi ia bukan sebahagian daripada fiqh kamu, apa perlunya ?”  Imam berkata, “ Tidak, tidak dan tidak selama-lamanya, hijab telah menjadi sunnah (tradisi, adat) sebagaimana Abdul-Muttalib memperkenalkan perkara yang menjadi sunnah kemudian mencabut akar dalam Islam dan menjadi amalan ”. [1] Menurut Abdullah Hashem, hijab bagi rambut dan kepala tidak pernah diwajibkan dan ia adalah bidaah. padahal Rasulullah SAW bersabda dalam satu hadis yang panjang di mana baginda menggambarkan suasana yang dilihatnya di dalam neraka pada malam isra': رَأَيْتُ امْرَأَةً مُعَلَّقَةً بِشَعْرِهَا يُغْلَى دِمَاغُ رَأْسِهَا  أَمَّا الْمُعَلَّقَةُ بِشَعْرِهَا فَإِنَّهَا كَانَتْ لَا ت...