Jawapan terhadap dakwaan Ahmadi Religion bahawa "Kaabah terletak di Petra"

Dakwaan Ahmadi Relegion ini berasaskan dokumentari orientalis, bernama Don Gibson yang mendakwa:

Bahawa sejarah Islam ditulis selepas 200 tahun dan semua yang terjadi dalam 200 tahun pertama telah diputarbelitkan!

Bani Abbasiyah menulis apa sahaja yang mereka mahu dan menjadikan peristiwa itu terbalik.

Bahawa Nabi  (saw) dan keluarganya tinggal di Petra dan Nabi (saw) wafat di sana!

Selepas bertahun-tahun, berlaku peperangan dan salah seorang daripada orang Arab mencuri Hajar Aswad dan pergi membina kawasan ziarah di Mekah! Sejak itu, Mekah mulai makmur.

Bahawa peristiwa hijrah terjadi demi penaklukan Baitul Maqdis, bukan pergerakan dari Mekah ke Madinah!!!

Pendek kata, mana-mana sumber Islam tidak dapat diterima dan kita harus mencari sejarah sebenar Islam dalam karya-karya peninggalan Kristian, Yahudi, Samaria dan naskhah Syria serta Hebrew!!! Dengan mengkaji karya-karya ini terjadilah kesimpulan yang mencadangkan senario sebagaimana dalam dokumentari Kota Suci yang diterbitkan oleh Gibson denagn pembuktian dakwaan ini serta usaha alih suara ke dalam 15 bahasa di dunia.

🔴 Penelitian beberapa dakwaan utama 🗣

🛑 Dakwaan pertama

Kajian lapangan menunjukkan kiblat masjid-masjid lama (di awal Islam) menghadap ke arah Petra, bukan Mekah! (Inilah dakwaan mereka yang paling penting).

Secara ringkasnya, Gibson tahu bahawa arah kiblat masjid-masjid harus mengadap ke arah Mekah. Maksudnya, selepas hijrah Nabi Muhammad dari Mekah ke Madinah, maka segala masjid pasti telah dibina berasaskan kiblat yang menghadap Mekah, yang bermaksud bahawa kota Mekah itu mesti wujud sekurang-kurangnya sejak tahun 632 tatkala Nabi Muhammad (s.a.w) wafat.

Oleh itu, ia membuat keputusan setelah mengkaji masjid-masjid dua ratus tahun pertama Islam di Syria, Iraq, Mesir, Lubnan, Tunisia, Pakistan, China, Yaman, Arab Saudi. 

Selepas meneliti arah kiblat masjid-masjid itu, Gibson melihat pada seratus tahun pertama Islam, kiblat masjid-masjid bukan ke arah Mekah tetapi ke arah kota Petra. Sebagai contoh, masjid purba seperti Dome of the Rock di Jerusalem, Masjid Baalbek di Iraq, Masjid Wasit Shahr di Iraq, Masjid Sana'a Driman, Masjid Fustat (Mesir), Masjid Mazen di Mosul, Masjid Anjar (Lubnan), sebuah masjid dua kiblat (Masjid al-Kiblatayn) di Arab Saudi dan lain-lain.

✅ Jawapan: Ya, kiblat tempat itu tidak menepati ke arah Mekah... tetapi kesimpulannya itu tidak betul...

Beberapa penyelidik Muslim dan bukan Muslim telah mengkaji isu ini dengan menggunakan kaedah analisis berasaskan alat saintifik dan sampai kepada kesimpulan bahawa dakwaan kumpulan orientalis ini (Crown, Cook, Gibson) adalah tidak benar.


📚D. A. King, "The Sacred Direction In Islam: A Study Of Interaction Of Religion & Science In The Middle Ages", Interdisciplinary Science Reviews, 1985, Volume 10, p. 319.📖 

Salah seorang penyelidik barat bernama "Profesor David King" telah melakukan penyelidikan yang menarik dalam bidang ini dan menulis bahawa Masjid pertama yang dibina di Mesir berorientasikan arah "Matahari tenggelam di Musim Sejuk" dan arah inilah menjadi tumpuan di zaman kurun pertengahan bagi para ulama. Dengan kaedah yang sama, beberapa masjid terawal di Iraq mengadap ke arah "Matahari Terbit Musim Sejuk".  Baru-baru ini telah diketahui bahawa "arah astrologi" digunakan untuk Kiblat, dan beberapa penyelidik kontemporari telah membuat kesimpulan yang salah berkenaan orientasi masjid-masjid awal di Mesir dan Iraq sehingga menuduh mereka tidak mengadap ke Kaabah tetapi ke arah tempat suci lain.

Sudah tentu kita tahu mengapa arah bintang itu digunakan. Profesor King mengatakan ini adalah "kaedah astrologi" yang digunakan oleh orang-orang pada masa itu, yang mereka mempunyai formula untuk timur dan barat pada musim sejuk dan dengan cara itu mereka juga menentukan arah kiblat. Justeru itu arah kiblat telah tersasar.

Bolehkah pandangan ini dibuktikan? Ya, beberapa penyelidik telah melakukan penyelidikan dengan menghitung azimut matahari terbit dan terbenam di masjid-masjid yang dimaksudkan. Fenomena ini ditakrifkan dengan jelas (cukup menggunakan satu tapak masjid untuk pengiraan azimut). Contohnya: masjid yang didakwa terletak di Baghdad menghadap Petra mempunyai latitud 33 darjah dan 14 minit serta longitud 44 darjah dan 22 minit dengan pemandangan kiblat arah yang tepat dan terkini.

Dari situ ia terletak pada 199 darjah dan 57 minit, tetapi arah masjid yang dibina terletak pada 229 darjah dan 57 minit... Sekarang, tahukah anda berapakah azimut matahari terbenam di sana? Beri perhatian kepada contoh kedua, betul-betul "241 darjah dan 36 minit" untuk memahami perkara itu. 

Masjid yang didakwa dibina di Kufah mengadap Petra mempunyai latitud 32 darjah dan 1 minit serta longitud 44 darjah dan 23 minit yang dapat ditentukan oleh pandangan arah kiblat hari ini iaitu arah ke Mekah ialah 202 darjah dan 4 minit, tetapi arah masjid bukan kiblat. Hari ini ia menghadap darjah ini: 214 darjah dan 18 minit... Sekarang, adakah anda tahu azimut matahari terbenam di sana? Yang tepatnya ialah "242 darjah dan 1 minit" bermakna umat Islam zaman ketika itu cuba menyesuaikan arah kiblat mengikut ilmu falak sezaman dengan mereka, bukan berusaha mengadap ke arah Petra!!! Anda lihat, hala tuju kedua-dua masjid ini dibina ada perbezaan, tetapi azimutnya betul-betul sama. Ada contoh lain namun cukuplah setakat ini dalam artikel serba ringkas ini. Tetapi mereka yang berminat membaca tentang dakwaan ini sila rujuk artikel Profesor David King "From Petra back to Mecca": https://muslimheritage.com/pibla-back-to-qibla/

Web site pengiraan Azimuth:

https://www.islamic-awareness.org/history/islam/dome_of_the_rock/qibla#app

🛑 Dakwaan kedua:

Pertukaran kiblat dilakukan oleh Abdullah bin Zubayr (bukan pada zaman Nabi (SAW)), 

Huraian masalah: Kajian sejarah moden menunjukkan bahawa kiblat pertama umat Islam bukanlah Baitulmaqdis, tetapi kota Petra di Jordan hari ini. Motif penukaran kiblat ialah berakibat dari konflik  politik antara kabilah Umayyah dan Abbas di satu pihak manakala satu sisi lagi dikeranakan perbalahan dengan Abdullah bin Zubair. Setelah mengalahkan Bani Umayyah, Abdullah bin Zubayr (bukan pada zaman Nabi s.a.w), menukar arah kiblat!!

Pada tahun 683 Masihi atau 64 tahun selepas penubuhan Islam, Abdullah Ibn Zubair menyerang Bani Umayyah dan menggelarkan dirinya sebagai khalifah kota Petra, iaitu kota "suci" dan kiblat pertama umat Islam. Dakwaan Abdullah Ibn Zubair ini mendapat perhatian Bani Umayyah yang memerintah di Damsyik dan menghantar pasukan perang untuk memenggal kepalanya. Setahun selepas konflik ini, Abdullah Ibn Zubair memusnahkan Kaabah di Petra untuk berlindung daripada bahaya Bani Umayyah dan membawa batu hitam (Hajar al-Aswad) bersamanya ke Mekah untuk membangunkan kiblat baru! Dari tarikh inilah bermulanya wacana transformasi kiblat umat Islam dan dunia Islam terjerumus dalam kekeliruan atas nama memilih kiblat baru!

✅ Jawapan:

Untuk dakwaan ini, kita juga dapat menimbulkan persoalan yang rasional, dengan pertanyaan yang sangat jelas!

Satu-satunya persoalan ialah mengapa sumber penulisan dari kalangan penulis pro-Bani Umayyah mendiamkan diri dalam perkara ini?

Bayangkan Bani Umayyah memerintah di kawasan Jordan! Seseorang cuba menakluki Petra (kiblat umat Islam) dari tangan mereka! Kemudian membawa Hajar Aswad itu dengan tangan kosong! kemudian membangunkan tempat bernama Mekah! Bani Umayyah tetap berdiam diri walaupun semua ini terjadi dan berakhir dengan kegembiraan, seperti babak-babak dalam filem Hindi!! 

🛑 Dakwaan ke-tiga:

Orang Islam membakar perpustakaan lama dan memusnahkan dokumen sejarah...

Sudah tentu, semua  perkara ini telah direkodkan (Petra dan kiblat pertama) dan terdapat kitab sejarah serta manuskrip yang mencatatkan kes ini! Tetapi ada pasukan dari kalangan orang Islam membakar perpustakaan di Iran dan Mesir...

Mereka membakar semua dokumen sejarah, hujah mereka ialah cukuplah kitab Allah dan kitab bukan daripada Allah harus dimusnahkan...

✅ Jawapan:

Dakwaan ini tidak benar sama sekali! Tetapi sebelum menjawab persoalan itu, ketahuilah jika orang Islam membakar semua dokumen sejarah, lalu dari kitab manakah sebenarnya anda mendapat semua maklumat tentang Petra dan Abdullah bin Zubair ini? Jika semua dokumen dibakar dan tiada apa-apa yang tertinggal maka kisah Abdullah bin Zubair juga lenyap dan cerita anda menjadi sebuah dongeng semata-mata! Jika anda menemukan dokumen atau kitab lain, mengapa anda tidak membentangkannya kepada dunia dan mendokumentasikan dakwaan anda?

Sepanjang sejarah enam abad pertama selepas kemunculan Islam, tiada sebarang dokumen membincangkan kejadian pembakaran perpustakaan dan kitab. Apakah dalam tempoh 600 tahun, peristiwa pembakaran ini tidak penting? Malah tidak bernilai kepada penentang dan musuh Islam? Oleh itu, buat pertama kalinya pada abad ke-7 Hijriah, yang diceritakan oleh seorang pengembara bernama Abdul Latif Baghdadi (lahir pada tahun 557H). 


(Kisah pembakaran  perpustakaan Darul Ilm yang di al-Iskandar, tercatata dalam sebuah buku berjudul "Al-Ifadah wa Al-I'tibar"). 

Tetapi kenapa abad ke-7 Hijriah? Seperti yang anda tahu, pada tahun-tahun itu, berlaku peperangan berdarah antara orang Islam dan Kristian yang dipanggil Perang Salib. Orang Kristian menyerang Damsyik dan Palestin sehingga melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas 80,000 penduduk Andalusia dan membakar 3 juta kitab! (📚 Tamadun Islam, jilid 2, halaman 65 📖) Sementara itu orang Kristian pula memberi label pembunuhan dan pembakaran ini kepada orang Islam demi menutup bencana yang mereka lakukan.  

🛑 Dakwaan ke-empat:

Bukti arkeologi membuktikan penyelewengan al-Quran.

Huraian tulisan Gibson: Bani Abbasiyah seperti dakwaannya telah menulis Al-Quran baru dengan memasukkan ayat-ayat baru dalam Al-Quran supaya mereka dapat mengaitkan perubahan kiblat dengan zaman Muhammad dan meletakkan "topi syariah" pada pembohongan ini. Ayat-ayat Al-Quran berkenaan kiblat, dari surah al-Baqarah ayat 142 hingga 147 hanya terdapat dalam al-Quran baharu yang ditulis pada zaman Abbasiyah, tetapi ia tidak terdapat dalam naskah manuskrip al-Quran lama yang ditemui pada tahun 1972 semasa pengubahsuaian masjid lama di bandar Sana'a. Namun, penyelewengan dalam sejarah permulaan Islam dan al-Quran ini tidak dapat disembunyi daripada ketajaman mata ahli arkeologi dan sejarawan moden!

✅ Jawapan:

Dakwaan ini juga tidak benar. Dengan mudah ia mengatakan bahawa Bani Abbasiyah menyelewengkan Al-Quran! Apa kah dalilnya? Apakah kerana naskah Al-Quran yang berbeza telah ditemui di Sana'a yang tergolong dalam tahun-tahun pertama Islam?

Apabila ahli arkeologi Jerman mengumumkan bahawa terdapat pengubahsuaian dalam teks Al-Quran di Sana'a... ini juga akan menjadi alasan kontroversi untuk mengatakan bahawa beberapa bahagian teks Al-Quran telah diubah dari semasa ke semasa, dan secara ringkasnya. Golongan anti-Islam mendakwa berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap Quran naskah Sana'a, membuktikan kitab umat Islam telah diselewengkan. Tetapi adakah penyelidik duduk diam dan menerima semua dakwaan ini? Tidak sama sekali.

Dr. Asmaa Helali, Profesor Madya Penyelidik Jabatan Pengajian Al-Quran di London, semasa penyelidikan meluas yang beliau jalankan, telah membuat kesimpulan bahawa sebahagian daripada Al-Quran naskah Sana'a telah dipadamkan atau terpadam (kerana ia ditulis di atas kulit), kemudian orang terkemudian menulis tambahan teks di dalam ruang kosong. Ini dapat dikesan kerana spesifikasi (gaya penulisan, garisan, dll.) bahagian yang dipadam dan bahagian sebelumnya adalah berbeza antara satu sama lain. 

(📚  The Sanaa Palimpsest: The Transmission of the Qur'an in the First Centuries AH Asma Hilali, 2017📖)

Label: "teks atas". Sebuah manuskrip al-Qur'an naskah Sana'a ditemukan pada tahun 1972, tersembunyi di antara siling Masjid San'a dan bumbungnya, namun kandungannya mengandungi dua penulisan al-Qur'an yang mana teks asal telah dipadam dan ditambah teks yang lain. Teks masih dapat dibaca dengan kaedah pencahayaan moden. Masing-masing dilabel sebagai "teks atas" dan "teks bawah". Manuskrip ini diperbuat daripada kulit haiwan: saiznya juga cukup besar untuk menunjukkan bahawa sekumpulan haiwan diperlukan untuk mencipta salinan Al-Quran ini. Hasil ujian pentarikhan radio-karbon ke atas manuskirp Sana'a mendapati naskah al-Qur'an ini ditulis semasa para sahabat masih hidup.  

Oleh itu, Al-Quran naskah Sanaa bukanlah versi biasa, tetapi kita boleh katakan terdapat tambahan teks ulasan orang yang menambah pendapat mereka pada ayat-ayat tersebut, dan ini tidak bermakna penyelewengan/tahrif sama sekali. Tambahan lagi terdapat kesan kimia dakwat yang dipadam sebelum tambahan (rujuk The Sanaa Palimpsest). Bagaimana mungkin ia dikatakan sebagai tahrif sedangkan ilmu filologi mengesahkan terdapat dua tulisan berbeza? Selain itu, terdapat Al-Quran terawal juga dijumpai yang sama seperti versi kita hari ini, dan dakwaan Gibson/Ahmadi Relegion (penyelewengan Qur'an oleh Dinasti Abbasiyah) adalah berdasarkan premis mantik yang salah. Sebagai contoh sila kaji, Al-Quran di Muzium Tashkent (Mushaf Imam ) di Muzium Topqapi Turki dan lain-lain lagi. 

🛑 Dakwaan ke-lima

Tidak ada nama Mekah dalam sejarah lama...

Gibson berkata: Jika kota suci itu sebuah kota yang begitu besar, maka anehnya nama Mekah tidak ada dalam peta kuno. Nama kota perdagangan Mekah pasti disebut di Arab kuno. Peta sedemikian tidak pernah memasukkan nama semua kampung dan daerah, tetapi mereka pasti menyebut nama-nama bandar yang terkenal dan penting! Harus dikatakan bahawa tidak ada nama Mekah sehingga 900 Masihi. Maka kemasyhuran Mekah bermula 300 tahun selepas kematian Muhammad.

✅ Jawapan

By the way, hakikatnya tidak terjadi seperti itu. Hanya beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sebelum dibentangkan dokumen sedia ada.

1) Maklumat kita tentang sejarah memang "tidak lengkap" dan jika tiada dokumen yang menunjukkan kewujudan tempat bersejarah di dunia purba, maka kita tidak boleh mengatakan secara "pasti" bahawa tempat sedemikian tidak wujud, kemudian sewenang-wenang hasilkan klip video, dokumentari dan mendakwa bahawa umat Islam telah tersalah selama berabad-abad.

2) Mekah telah mencapai kemasyhuran yang hebar dengan kedatangan Islam, sedangkan sebelum itu, Kaabah adalah pusat paganisme dan beberapa suku telah tinggal di sana. Orang Arab Hijaz sendiri bukan lah orang seni, dan tidak ada sebab mengapa orang bukan Arab dari negara lain menganggapnya sangat penting dan menandanya dalam mana-mana peta. Namun, dikeranakan terdapat peta yang menandanya, maka dakwaan ini dikira batal!



Ptolemy melukis peta dunia pada abad ke-2 Masihi dan merekodkan sebuah kota di tanah Hejaz dekat Mekah hari ini yang dipanggil "Macoraba".  Adalah menarik terdapat nama tempat (لاثریپا) atau Yathrib (nama lama kota Madinah) dalam petanya, tetapi dengan nama "Lathrippa". Analisis yang berbeza telah ditulis tentang evolusi perkataan ini, tetapi apa yang kitab boleh dapati ialah "Macoraba" yang identik dengan "Muqarabah" iaitu membawa maksud "tempat yang mendekatkan". Kota Mekah dari dahulu hingga kini menjadi tempat keagamaan. Tetapi apakah yang mendekatkan anda? sudah tentu mendekatkan diri anda kepada kepada Tuhan"!

📚Ptolemy, Geography, VI, 7,32.📖


Macoraba dalam artikel "Mecca Trade Prior to the Rise of Islam" 

🗂https://core.ac.uk/download/pdf/108374.pdf


Jawad Ali dalam kitab al-Mufassal menyatakan Mekah adalah Macoraba dalam peta Ptolemy

📚المفصل فی تاریخ العرب قبل الاسلام جلد 4 صفحه 9📖

Oleh kerana nama "Muqarrabah" sulit disebut dalam bahasa lain, maka terjadilah perubahan "q" ditukar kepada "k".

Sudah tentu Macoraba itu adalah Mekah pada hari ini dan tidak ada lagi kota lain lagi. Tidak timbul lagi isu koordinat geografi Macoraba dengan Mekah hari ini kerana Ptolemy melakar peta nya secara mental pada abad kedua Masihi tanpa bantuan peralatan canggih.

🛑 Dakwaan ke-enam

Tumbuhan, pokok dan sungai yang disebut dalam Al-Quran sesuai dengan Petra, bukan Mekah... Orientalis menulis: Mekah benar-benar berpasir dan tidak ada tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di sana, tetapi dalam al-Quran dan hadis terdapat perbincangan tentang pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan. Ini bermakna Petra adalah pusat umat Islam kerana Petra mempunyai syarat sedemikian.

✅ Jawapan:

Alasan ini juga salah!

A) Al-Quran diturunkan di Mekah selama 13 tahun dan diturunkan di Madinah selama 10 tahun, Madinah kawasan yang mempunyai pokok, tumbuh-tumbuhan dan pertanian. Pengairan melalui sungai mengikut musim, pokok kurma, penanaman di atas tanah... Malah di Madinah, telah disabitkan dalam hadis: 

من أحيا أرضاً ميتة فهي له.

barangsiapa yang mengusahakan tanah yang tandus, maka tanah itu akan menjadi miliknya - HR Abu Daud

b) Taif yang terletak 90 kilometer dari Mekah mempunyai iklim yang sederhana dan nyaman, tidak seperti iklim semenanjung tanah Arab yang panas dan terik kerana ketinggiannya dataran tanahnya. Umat ​​Islam pada awal Islam tinggal di tempat-tempat ini, kenapa mereka perlu abaikan kewujudan pokok dan tumbuhan? Ada beberapa lagi dakwaan dan alasan tidak berkualiti di sebalik kata-kata Dan Gibson yang tidak wajar dijawab... Contohnya, dia berkata, saya sudah 20 tahun melakukan penyelidikan dalam bidang ini! Rupa-rupanya dia tak tahu andai kata penyelidikan 2000 tahun sekalipun, bahawa kebatilan tetap kebatilan, dan tidak akan bertukar menjadi kebenaran... demikianlah ia membawa lelaki arab dan melakukan wawancara, kemudian Arab itu mengesahkan kata-katanya! Sejak bila kata-kata seorang penduduk awam menjadi dokumentasi sejarah?... Atau dia mengatakan bahawa dia bertanya kepada beberapa orang tatkala bertemu dan mereka mengatakan bahawa tidak ada dokumentasi sejarah sejak dari awal Islam!... Kami katakan dari mana anda begitu yakin bahawa maklumat mereka lengkap?






Comments

Popular posts from this blog

Kitab al-Haft al-Sharif sarat dengan bid'ah dan kekufuran

Hijab perempuan tidak wajib menurut ajaran Ahmadi Religion?

Masjid Cardova terpesong ke Barat, tidak mengadap ke Petra