Masjid Cardova terpesong ke Barat, tidak mengadap ke Petra

Untuk melihat betapa rapuhnya hujjah penganut Ahmadi Religion ialah kiblat masjid pada zaman awal Islam mengadap ke arah Petra, bukan ke arah Mekah.

Penafsiran salah ini terjadi kerana terlalu taksub untuk menyesatkan umat Islam sehingga mengiyakan kajian tidak lengkap orientalis kontroversi Don Gibson. Padahal jika kita amati sedikit mendalam, nescaya kita dapati masjid-masjid pada zaman dahulu mengadap ke arah kiblat yang mereka ukur melalui ilmu astrolog, bukan dengan alat canggih moden. Mereka terpaksa berpuas hati dan memadai dengan melihat arah mana umumnya kapal meninggalkan lokasi dan belayar pergi menuju ke negeri Hijaz. Selain itu, tukang seni bina yang terkenal sekalipun kurang berpengetahuan tentang subjek orientasi arah kiblat bahkan mengabaikan sumbangan ilmu beberapa sainstis Muslim, dengan mengakses kitab-kitab zaman pertengahan berkenaan kiblat di wilayah yang berbeza.

Sebagai contoh, Masjid Besar Córdoba, yang dibina lebih kurang tahun 167 Hijrah, mihrabnya menghadap padang pasir Algeria dan bukannya padang pasir Arab Saudi.

Arah kiblat masjid Cordova terpesong jauh ke Algeria berbanding ke Saudi Arabia


Pemandangan mihrab Masjid Cordova dari dalam masjid

Malah kes ini juga dibincangkan dalam kitab-kitab kaum Muslimin dan ada percubaan membetulkan arah kiblat:

لما اراد الحكم بن عبد الرحمن تحول قبلة المسجد الجامع بقرطبة، وقد اتفق من لديه من لديه من أهل الحساب، وفيهم أئمة يقتدي بهم، على انحرافها إلى جهة المغرب كثيرا، صرف عن ذلك لاستعظام عامة الناس مخالفة ما درج عليه اسلافهم فاقصر عن ذالك 

Apabila Al-Hakam bin Abd al-Rahman (Khalifah Muslim yang memerintah Cordova kurun ke-4 H) ingin mengalihkan kiblat Masjidil Jami' di Cordoba, lalu bersetujulah ahli hisab di kalangannya, termasuk imam-imam yang diikuti, mereka bersepakat bahawa ia harus dialihkan lebih banyak ke arah barat, beliau tidak jadi melakukannya kerana orang awam merasa sukar menerima apa yang telah terbiasa dilakukan nenek moyang mereka, jadi al-Hakam menahan diri daripada itu. - al-Mi'yar al-Mu'rib, ms 273

Justeru itu, dakwaan kononnya masjid kurun pertama dan ke-dua Hijrah mengadap ke Petra adalah tidak berasas sama sekali. 




Comments

Popular posts from this blog

Kitab al-Haft al-Sharif sarat dengan bid'ah dan kekufuran

Hijab perempuan tidak wajib menurut ajaran Ahmadi Religion?